Kamen Rider ZX atau sesetengah pihak menggelarnya sebagai “Zee-Cross” merupakan Kamen Rider yang ke-10. Pada mulanya Kamen Rider ZX bermula di dalam sebuah majalah bulanan dalam bentuk gambar dan teks seperti komik. Selepas 14 episod disirikan di dalam majalah barulah Kamen Rider ZX mendapat rancangan televisyen khas yang bertajuk “Birth Of The 10th! Kamen Riders All Together!!” disiarkan pada Januari 1984.
Kita mulakan dengan perjalanan cerita Kamen Rider ZX dari majalah dahulu. Kisah ini bermula apabila seorang juruterbang, Murasame Ryo bersama kakaknya Shizuka menaiki kapal terbang untuk meneroka Hutan Hujan Amazon telah diserang oleh UFO. Kemudiannya mereka telah ditangkap oleh pihak UFO itu yang dikenali sebagai BADAN. Murasame telah diubahsuai menjadi “cyborg” demi berkhidmat sebagai orang bawahan BADAN. Manakala nasib Shizuka malang apabila dia mati dibunuh.
Ketika pembedahan otak untuk menghilangkan ingatan Murasame telah berlaku letupan di makmal dan Murasame telah bangun dan mendapat ingatannya semula. Murasame telah melarikan diri dan bertemu seorang saintis iaitu Dr Kaido bersama anak angkatnya Ichijo Rumi. Dr.Kaido telah melakukan X-Ray ke atas Murasame dan mendapati hampir 99% badannya adalah mekanikal. Murasame ingin membalas dendam di atas kematian kakaknya dan kehilangan badan asalnya dengan menghapuskan BADAN.
ZX mempunyai motosikal diberi nama “Hell Driver”. Ianya sama seperti motosikal para Rider yang lain. Kamen Rider ZX juga dikenali sebagai Ninja Rider mempunyai banyak senjata ninja di badannya seperti bahan letupan, bintang lempar dan sebagainya. Pada ketika itu juga para Rider yang lain sudah lama memerhatikan tindakan BADAN.
Masalah timbul apabila ZX bertembung Kamen Rider V3, Riderman dan Super-1 apabila ZX menganggap mereka semua orang bawahan BADAN maka berlaku penentangan. Akhirnya V3 berjaya menghalang ZX dari membunuh Riderman dan Super-1 dengan menjelaskan bahawa mereka di pihak yang baik. ZX kemudiannya telah menyertai barisan para Rider yang lain berjuang menentang BADAN. Manakala di dalam rancangan khas televisyen pula ZX telah menyertai para Rider yang lain setelah melihat perjuangan sembilan Rider menentang musuh. Kemudian sepuluh Rider ini bersatu menentang ketua BADAN iaitu Ambassador Darkness yang asalnya adalah Ambassador Hell dari siri asal sebelum ini. Tetapi dalang utama BADAN yang sebenar adalah Great Leader merupakan dalang yang sama mengetuai semua organisasi jahat yang wujud dalam siri Rider sebelum ini.
Great Leader sekali lagi telah melarikan diri dan pasti dia akan muncul kembali mengancam keselamatan dunia. Kamen Rider ZX tidak mempunyai siri tertentu maka sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak tentang ZX boleh merujuk di dalam manga Kamen Rider Spirits. Maka tamatlah kisah Rider yang ke-10 iaitu Kamen Rider ZX!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan