Kamen Rider Super-1/Kamen Raida Supa Wan merupakan kemasukan siri yang ketujuh di dalam Siri Kamen Rider. Siri ini mempunyai 48 epidsod dan disiarkan pada Oktober 1980 sehingga Oktober 1981.
Kisah ini bermula seorang angkasawan bernama Oki Kazuya yang bekerja di International Space Development Program telah menawarkan diri melakukan pembedahan siber. Pembedahan ini telah dilakukan di Amerika Syarikat diketuai saintis bernama Doktor Henry. Pembedahan ini mampu memberikan kebolehan Oki Kazuya hidup di ruang angkasa dan berupaya meneroka alam semesta. Kini Oki Katzuya sedia berkhidmat sebagai “cyborg” untuk kerajaan dengan nama Super-1. Tetapi tragedi berlaku apabila organisasi jahat iaitu Dogma Kingdom telah datang menyerang dan membunuh semua orang kecuali Oki Kazuya.
Setelah tragedi tersebut Oki Kazuya membuat keputusan berjumpa gurunya pewaris pencak “Sekishin Shorin Ken” iaitu Guru Genkai di Jepun untuk mendapatkan bantuan. Di sana dia telah mempelajari teknik untuk berubah menjadi Kamen Rider Super-1 malah berazam memusnahkan Dogma Kingdom. Dia dibantu beberapa orang seperti Tani Genjiro, Choro dan Harumi. Oki Kazuya turut memperolehi “Check Machine” yang mampu mengesan dan membaiki kerosakan badannya.
Super-1 mempunyai dua buah motosikal iaitu “V-Jet” yang besar dan kompleks manakala “Blue Version” pula lebih ringan. Super-1 dilengkapi lima sarung tangan yang mempunyai fungsi serta warna tertentu dan ia dipanggil “Five Hands”. Super-1 akan melakukan gerakan tertentu sambil menyebut nama salah satu fungsi tangan dan sarung tangannya akan berubah mengikut kehendaknya.
Mari kita lihat keterangan dan fungsi sarung tangan tersebut satu persatu :
SUPER HANDS
Sarung tangan yang pertama dipanggil Super Hands yang mampu melancarkan “Super Punch”.
POWER HANDS
Yang kedua adalah “Power Hands” dengan kebolehan mengangkat objek berat dan serangan “Megaton Punch”.
ELEKI HANDS
Ketiga iaitu “Eleki Hands” yang mampu mengeluarkan pancaran elektrik.
RADAR HANDS
Yang keempat adalah “Radar Hands” yang boleh melancarkan peluru berpandu mini dan mempunyai radar.
REINETSU HANDS
Terakhir adalah “Reinetsu Hands” yang mempuyai dua fungsi iaitu tangan kanan boleh melancarkan api manakala tangan kiri boleh mengeluarkan asap pembeku.
Setelah persiapan dilakukan Kamen Rider Super-1 kini yang lengkap ilmu seni bela diri bersedia memulakan perjuangan menentang Dogma Kingdom. Musuh yang dihadapi oleh Super-1 terdiri daripada askar robot, kaijin berupa mekanikal dan cyborg berteknologi tinggi. Pegawai tinggi Dogma Kingdom pertama ditentang oleh Super-1 adalah Megaal Shogun. Ia tewas di tangan Super-1 kemudian muncul Emperor Terramacro, ketua Dogma Kingdom dalam bentuk sebenarnya iaitu “Kaizer Grow” telah membunuh Guru Genkai serta rakan segurunya. Bagaimanapun Super-1 telah berjaya menewaskannya. Ia tidak tamat di situ sahaja kerana Dogma Kingdom hanyalah satu organisasi di bawah pemerintahan Jin Dogma. Marshal Akuma adalah ketua di dalam Jin Dogma.
Perjuangan Super-1 diteruskan dan ia menentang keseluruhan kaijin milik Jin Dogma serta Marshal Akuma. Di episod terakhir didedahkan bahawa dalang utama Dogma Kingdom dan Jin Dogma adalah makhluk asing dari B26 Dark Nebula Gang. Setelah kemusnahan Jin Dogma, Oki Kazuya telah dapat mencapai impiannya iaitu meneroka angkasa lepas dengan bantuan saintis baru. Kamen Rider Super-1 akan muncul kembali untuk berjuang apabila dia diperlukan sekali lagi……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan