Kamen Rider Skyrider/Kamen Raida Sukairaida merupakan kemasukan siri yang keenam di dalam siri Kamen Rider era Showa. Ia disiarkan pada Oktober 1979 sehingga Oktober 1980 dan mempunyai 54 episod.
Kisah ini berlaku apabila seorang lelaki yang gemar meluncur di udara bernama Tsukaba Hiroshi sedang berkhemah bersama-sama rakannya namun dia telah bertemu kaijin Neoshocker sedang menangkap saintis iaitu Dr.Shido Keitaro. Tsukaba Hiroshi cuba menyelamatkan Dr.Shido tetapi dia dipukul dengan teruk oleh kaijin tersebut. Dr.Shido kemudiannya membuat perjanjian kepada komander Neoshocker iaitu General Monster supaya mengizinkannya mengubahsuai Tsukaba Hiroshi menjadi “cyborg” yang sangat kuat dan setia kepada General Monster. Dr.Shido terpaksa membuat keputusan sedemikian demi meyelamatkan nyawa Tsukaba Hiroshi. Setelah selesai pembedahan rupanya Dr.Shido tidak mengubahsuai Tsukaba Hiroshi sebagai kaijin tetapi Kamen Rider yang baru!!!
Tsukaba Hiroshi dan Dr.Shido telah melarikan diri dan ini merupakan perubahan hidup yang perlu dijalani Tsukaba Hiroshi. Tsukaba Hiroshi telah berazam memusnahkan Neoshocker. Melalui pembedahan itu Tsukaba Hiroshi bukan sahaja mampu berubah menjadi Kamen Rider malah mampu terbang di udara dengan menggunakan “Sailing Jump”. Dia merupakan Kamen Rider yang pertama berkebolehan sedemikian dan konsep Kamen Rider ini berdasarkan belalang juta yang mampu terbang.
Tsukaba Hiroshi mempunyai motosikal bernama Sky Turbo yang mampu memecahkan dinding dengan menggunakan teknik Rider Break. Selain Dr.Shiro yang sering membantu Tsukaba Hiroshi muncul seorang lelaki Tani yang mempunyai seperti perwatakan Tachibana Tobei. Selain itu watak GanGan G diperkenalkan untuk membantu Kamen Rider menentang kejahatan namun kadangkala agak menyusahkan. GanGan G hanyalah seorang lelaki biasa yang gemuk dan memakai zirah buatan sendiri serta menaiki skuter.
Walaupun dia agak melucukan namun semangat perjuangannya menentang kejahatan tiada tandingan. Perjuangan Kamen Rider ini menentang Neoshocker bermula dan telah bertarung dengan General Monster dalam bentuk sebenarnya iaitu Yamorijin. Keputusannya General Monster tewas di dalam pertarungan tersebut. Setelah kematian General Monster pegawai baru telah dilantik iaitu Admiral Majin. Kamen Rider Stronger datang membantu dalam episod ke-20 dan dia telah memberikan nama kepada Tsukaba Hiroshi sebagai Kamen Rider Skyrider!!!
Sepanjang siri ini Skyrider tidak mempunyai nama yang khas kecuali panggilan Kamen Rider dan bermula episod 20 dia kini bergelar Kamen Rider Skyrider. Stronger telah mengajar Skyrider teknik baru iaitu “Dai Kaiten Sky Kick” sebagai serangan penamat Skyrider. Stronger juga memberitahu kisah dan identiti para Rider sebelum ini kepada Skyrider. Kemudian muncul Kamen Rider V3, Riderman dan Kamen Rider X datang membantu Skyrider. Di episod 27 dan 28 semua Rider sebelum ini bersama-sama Skyrider menentang semua askar kaijin yang telah dihidupkan semula.
Ketika itu berlaku perubahan kepada Skyrider di mana dia telah meningkatkan had tubuhnya demi menguatkan dirinya. Proses itu menyebabkan warna kostum Skyrider betukar warna hijau gelap menjadi hijau cair. Perubahan ini juga boleh dipanggil sebagai “Power Up Version”. Perubahan kedua ini memberikan Skyrider tenaga yang kuat dan mendapat teknik pertarungan yang baru. Teknik pertarungan baru Skyrider diberi nama “Kjuyukyu No Waza” bermaksud “99 Teknik” namun tidak semua teknik ini ditunjukkan di dalam siri ini. Sekali lagi para Rider datang membantu Skyrider dalam perjuangan terakhir iaitu memusnahkan keseluruhan Neoshocker.
Tragedi berlaku di saat akhir apabila kesemua Rider terkorban demi menyelamatkan dunia. Bagi peminat Kamen Rider tahu bahawa para Rider tidak mati. Ternyata ia memang benar kerana Skyrider dan Rider yang lain muncul di dalam filem Kamen Rider Super 1 datang untuk membantu. Maka perjuangan Kamen Rider Skyrider masih belum tamat di sini…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan