Kamen Rider V3/Kamen RaidaBuisuri/Masked Rider V3 merupakan siri kedua di dalam "Siri Kamen Rider" era Showa. Siri ini merupakan kesinambungan daripada Rider sebelum ini. Ia disiarkan pada Februari 1973 sehingga 1974 dengan jumlah 52 episod.
Siri Kamen Rider V3 bermula di mana Kazami Shiro telah menyaksikan pembunuhan seorang lelaki oleh Destron lalu menjadi buruan mereka. Pada masa yang sama dia turut menyelamatkan seorang gadis bernama Tama Junko yang mengetahui lokasi pangkalan Destron. Dia membawa Junko pulang ke rumahnya namun sebaik sahaja tiba di rumah dia menyaksikan ibu, bapa dan adiknya mati dibunuh kaijin Destron. Dia diselamatkan oleh guru kimianya iaitu Hongo Takeshi (Kamen Rider 1) manakala Kamen Rider 2 turut tiba di tempat kejadian. Disebabkan dendam Kazami Shiro meminta Kamen Rider 1 dan 2 mengubahsuai dirinya menjadi “cyborg” seperti mereka. Namun kedua Rider itu menolak permintaannya.
Dua Rider ini mula memasuki pangkalan Destron tetapi terperangkap dengan senjata laser di hadapan mereka. Kazami Shiro telah datang menyelamatkan dua Rider tersebut namun cedera parah akibat terkena tembakan laser. Dua Rider tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa Kazami Shiro mereka mengubahsuainya menjadi “cyborg”. Musuh mula menyerang menyebabkan dua Rider terpaksa meninggalkan Kazami Shiro di atas meja pembedahan untuk menentang musuh. Semasa dua Rider sedang bertarung muncul Kamen Rider baru dihasilkan yang diberi nama Kamen Rider V3!!!
Pertarungan yang sengit itu menyebabkan Kamen Rider 1 dan 2 “terkorban” akibat letupan dari pihak musuh. Tetapi mereka muncul semula dalam episod ke-33. Kamen Rider V3 yang kekurangan pengalaman dan pengetahuan tentang kuasanya perlu belajar menggunakannya peringkat demi peringkat. Sepanjang awal siri ini kuasa Destron diketuai oleh Great Leader Of Destron namun tidak didedahkan identitinya. Hanya melalui suara di sebalik patung kala jengking menjadi komunikasi antara dia dengan orang bawahannya. Kemudian General baru Destron iaitu Dr.G dilantik dan menjadi musuh ketat Kamen Rider V3. Demi membuktikan kehebatan dirinya di depan mata Great Leader dia bertarung sendiri dengan V3. Bentuk asal Dr.G merupakan “Laser Crab” namun tewas di tangan V3. General baru terus dilantik untuk menggantikan Dr.G iaitu Baron Fang.
Baron Fang adalah seorang ahli sihir berasal dari magik hitam dan bentuk sebenarnya adalah “Bloodthirsty Mammoth”. Pelbagai cara serta kaijin dihantar untuk menentang Kamen Rider V3 namun kesemunya ditewaskan oleh V3 mengakibatkan Baron Fang terpaksa menentang V3 sendiri. Sekali lagi musuh ini tewas di tangan V3. Selepas kematian Baron Fang general baru dilantik iaitu Archbishop Wing bentuk sebenarnya “Deadman Bat”. Kaijin milik Archbishop Wing merupakan makhluk mutasi yang bersayap dan sering menyukarkan V3 bertarung dengan kebolehan mereka terbang di udara. Setelah V3 menghapuskan kesemua kaijin kini dia bertarung dengan Archbishop Wing. Akhir sekali Archbishop Wing turut tewas di tangan V3. Destron sekali lagi memperkenalkan general baru iaitu Marshall Armor dengan bentuk sebenarnya “Crawganna”.
Bermulalah peringkat terakhir perjuangan Kamen Rider V3 setelah kemunculan Yuki Jyoji. Yuki Jyoji adalah saintis Destron yang setia namun Marsall Armor telah memfitnahnya sehingga Yuki Jyoji dihukum mati di dalam kolam asid. Dia diselamatkan dan melarikan diri bersama beberapa rakan saintis. Namun tangan kanannya melecur teruk akibat terkena asid lalu menggantikan tangannya kepada tangan mekanikal. Di sebalik tangan mekanikal itu dia telah memperolehi kebolehan istimewa dan mampu bertukar menjadi Riderman. Dia berazam menghapuskan Marshall Armor tetapi masih setia terhadap Destron. Kamen Rider V3 sedaya upaya meyakinkan Riderman bahawa Destron merupakan pihak yang jahat. Akhirnya V3 dan Riderman bersatu menentang Destron.
Namun Riderman terbunuh ketika mengawal peluru berpandu yang dituju ke bandar Tokyo tetapi ianya meletup di udara bersama Riderman. Kamen Rider V3 meneruskan perjuangannya menentang Marshall Armor. Marshall Armor yang cedera parah melarikan diri ke patung kala jengking di mana Great Leader berkomunikasi. Marshall Armor meminta bantuan Great Leader tetapi mati dibunuh oleh Great Leader. V3 yang mengekori Marshall Armor terus memusnahkan patung kala jengking itu. Munculnya Great Leader merupakan tengkorak yang mempunyai jantung. V3 berjaya menewaskan Great Leader dengan memusnahkan tengkorak dan jantungnya. Setelah kemusnahan Destron Kazami Shiro terus menghilangkan diri dan tiada siapa tahu ke mana dia menghilang. Namun Kazami Shiro pasti akan muncul sekiranya dunia sekali lagi diancam penjahat……

Tiada ulasan:
Catat Ulasan