Nuffnang Ads

Rabu, 1 Februari 2012

Kamen Rider Black

Kamen Rider Black/Kamen Raida Burakku merupakan siri kemasukan yang ke-8 di dalam "Siri Kamen Rider". Ia disiarkan pada Oktober 1987 sehingga Oktober 1988 dengan 51 episod.

Kisah ini bermula apabila Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko mempunyai persamaan lahir pada hari yang sama ketika gerhana matahari. 3 tahun kemudian puak misteri bernama Gorgom telah membunuh ibu bapa Kotaro dan dia telah dijaga oleh keluarga Akizuki. Bertahun berlalu satu kejadian berlaku di mana Minami Kotaro dan Akizuki Nobuhiko telah diculik oleh Gorgom ketika umur mereka genap 19 tahun. Mereka kemudiannya diubahsuai menjadi “cyborg” demi berkhidmat untuk Gorgom melaksanakan kejahatan.

Badan Kotaro dan Nobuhiko dimasukkan “King Stone” agar mereka berubah menjadi “Black Sun” dan “Shadow Moon”. Gorgom berbuat demikian agar mereka saling berlawan dan pemenangnya akan memegang jawatan “Sosei-O” atau “Creation King” dan memiliki kuasa kosmik untuk menguasai alam semesta. Ini kerana “Sosei-O” sebelum ini semakin lemah dan hampir mati maka mereka perlu mencari pengganti baru. Rancangan Gorgom terganggu apabila Profesor Akizuki selaku bapa Akizuki Nobuhiko dan bapa angkat Minami Kotaro yang tidak sanggup melihat anak-anaknya menjadi alat pembunuh tanpa akal fikiran lalu membantu Kotaro melarikan diri. Kotaro melarikan diri dari Gorgom dengan menaiki motosikal yang mempunyai fikiran sendiri iaitu “Battle Hopper”.

Namun Kotaro telah dihalang oleh tiga pegawai Gorgom bergelar “Great Priest” yang terdiri daripada iaitu Darom, Baraom dan Beshium. Kotaro keadaan terdesak lalu berubah menjadi Kamen Rider Black!!! Mereka yang melihat perubahan Kotaro menjadi takut. Setelah Kotaro melarikan diri Profesor Akizuki mati dibunuh sementara itu Akizuki Nobuhiko masih di dalam proses pengubahsuaian. Kotaro tidak akan berdiam diri untuk membalas dendam serta menyelamatkan Nobuhiko dari Gorgom. Begitu juga pihak Gorgom akan memburu Kotaro demi merampas semula “King Stone” yang mempunyai kuasa “Black sun” dimiliki Kotaro. Kotaro tidak menggunakan nama “Black Sun” sepertimana pihak musuh memanggilnya tetapi sebagai Kamen Rider Black apabila berubah.

Kamen Rider Black berkonsepkan belalang seperti Rider yang asal. Serangan penamat Black seperti Rider Punch dan Rider Kick sementara itu terdapat kuasa tambahan iaitu cahaya “King Stone Flash” yang dipancar dari tali pinggangnya untuk menghilangkan penglihatan sementara pihak musuh. Black mempunyai dua buah motosikal yang mampu datang sendiri apabila dipanggil oleh Black iaitu “Battle Hopper” dan “Road Sector”.


Kelebihan “Battle Hopper” bukan sahaja mempunyai fikiran sendiri malah mampu membaiki dirinya disebabkan badan bio-mekanikal serta boleh bercakap seperti suara elektronik. “Road Sector” pula lebih besar dan apabila “Attack Shield” dinaikkan “Road Sector” mampu merempuh apa sahaja. Kotaro tidak berjuang sendirian kerana dibantu beberapa orang antaranya adik angkat perempuan Kotaro iaitu Kyoko, Kida Katsumi teman wanita Nobuhiko dan agen Interpol Taki Ryusuke. Sementara itu Gorgom membangkitkan Birugenia seorang pemedang yang mempunyai niat menjadi “Seiki-O” malah menjadi penghalang sepanjang perjuangan Kamen Rider Black.

Akhirnya Nobuhiko yang kini dalam bentuk Shadow Moon keluar dari kepompong. Tetapi bagi melengkapkan proses kelahiran Shadow Moon para “Great Priest” dijadikan korban. Birugenia mengambil kesempatan mengambil pedang bernama “Satan Saber” sepatutnya dimiliki “Sosei-O”. Namun Shadow Moon telah merampas semula pedang itu dan membunuh Birugenia. Manakala “Great Priest” yang dijadikan korban sebentar tadi hidup semula tetapi menjadi kaijin yang mengerikan. Bermulalah pertarungan antara Kamen Rider Black dan Shadow Moon. Black tidak bertarung dengan bersungguh-sungguh dengan Shadow Moon kerana dia tidak sanggup mencederakan Nobuhiko yang telah terjebak di dalam kejahatan.

Pertarungan demi pertarungan Black masih dapat bertahan dan tiada keputusan. Disebabkan tiada pemenang maka “Sosei-O” sebelum ini muncul namun tidak didedahkan identiti memaksa mereka berdua mencapai keputusan pertarungan segera demi menjadi pewaris “Sosei-O”  yang baru memandangkan dirinya yang hampir mati. Keadaan semakin teruk kerana serangan Gorgom semakin mengganas memaksa Kotaro membuat keputusan mengarah Kyoko, Kida Katsumi dan orang lain meninggalkan ibu kota Jepun. Black meneruskan perjuangan dan berjaya menewaskan “Great Priest”. Pertarungan sekali lagi bersama Shadow Moon bermula dan hasil keputusan tersebut Black mati di tangan Shadow Moon. Namun muncul Kujira-kaijin menyelamatkan Black. Black bangkit semula menentang Shadow Moon dan ini adalah pertarungan antara mereka di tempat persembunyian “Sosei-O”.

Akhirnya Shadow Moon tewas di tangan Black lalu muncul bentuk sebenar “Sosei-O” iaitu makhluk jantung gergasi. “Sosei-O” menyuruh Black selaku pemenang pertarungan itu menggantikannya sebagai “Sosei-O” yang baru. Black enggan berbuat demikian dan “Sosei-O” mengugutnya akan memusnahkan Bumi. Pada ketika itu Shadow Moon yang berubah hati telah menyuruh Black menyeru pedang “Satan Saber” miliknya untuk menghapuskan “Sosei-O”. Penamat tidak sampai di situ sahaja apabila perjuangan Black akan diteruskan di dalam siri Kamen Rider Black RX!!!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan