Kamen Rider Black RX/Kamen Raida Burakku Aru Ekkusu/Masked Rider Black RX merupakan kesinambungan siri Kamen Rider Black. Ia disiarkan pada 23 Oktober 1988 sehingga 24 September 1989 dengan 47 episod.
Dunia aman damai setelah Kamen Rider Black menghapuskan Gorgom. Kini Kotaro Minami tinggal bersama keluarga Sahara dan bertugas sebagai jurupandu helikopter. Kotaro juga mempunyai teman wanita iaitu Reiko Shiratori seorang jurugambar. Tidak lama kemudian muncul organisasi jahat muncul iaitu Crisis Empire mula mengancam ketenteraman dunia. Crisis Empire memburu Kotaro dan menggunakan "Skull Devils" untuk menghilangkan keupayaan Kotaro berubah menjadi Kamen Rider Black. Kotaro ditangkap dan memberi pilihan kepada Kotaro sama ada menyertai mereka atau mati. Kotaro menolak kemahuan mereka lalu dicampak di luar angkasa.
Kemudian Crisis Empire menembak laser menembusi tubuh Kotaro dan menyebabkan "Kingstone" yang berada di dalam tubuhnya terbelah dua. Pada masa itu muncul matahari dan "Kingstone" mula bertindakbalas terhadap cahaya matahari. Kotaro yang tidak mempunyai keupayaan terus jatuh ke Bumi dan meletup. Namun Kotaro tidak mati di dalam letupan malah dia telah berubah menjadi "cyborg" yang baru iaitu Kamen Rider Black RX!!! Dengan perubahan dan kuasa baru yang dia miliki Kotaro berazam menghapuskan Crisis Empire.
Antara beberapa kebolehan baru Black RX adalah mampu berkomunikasi dengan "Kingstone" yang menjelma dalam bentuk bola cahaya. Black RX mempunyai pedang cahaya bernama "Revolcane" yang dikeluarkan melalui tali pinggangnya. Kebolehan Black RX melompat tinggi dengan penuh tenaga dipanggil "RX Jump". Gaya Rider Kick yang baru diberi nama "RX Kick" dengan menggunakan kedua-dua kakinya. Kebolehan mata Black RX yang mampu mengesan kelemahan musuh dan objek tersembunyi dipanggil "Macro Eye". Apabila Black RX kehilangan tenaga dan cedera dia akan menggunakan "Solar Powered" menerima cahaya matahari dan menukarkannya menjadi tenaganya serta memulihkan kecederaannya.
Kenderaan baru Black RX adalah motosikal bernama "Acrobatter" yang merupakan evolusi baru motosikal lamanya iaitu "Battle Hopper". "Battle Hopper" sebelum ini yang musnah dan rosak teruk hidup semula dan berevolusi apabila dipancar cahaya dari perut Black RX. Kebolehan "Acrobatter" boleh bercakap dan berkomunikasi dengan Kotaro malah bercakap dengan lancar dalam bahasa Jepun. Selain itu ia juga mampu mengesan makhluk lutsinar. Kenderaan kedua Black RX adalah sebuah kereta iaitu "Ridron".
Kamen Rider Black RX merupakan Rider pertama menggunakan kereta selain daripada motor. Kotaro memilikinya apabila terima disket yang mengandungi rekaan "Ridron". Kotaro mula mencipta "Ridron" bersama-sama "Acrobatter". Antara beberapa kebolehan "Ridron" adalah mampu memusnahkan apa saja permukaan dan mempunyai kelajuan cahaya malah merentasi dimensi lain. Selain di darat "Ridron" juga mampu digunakan di dalam air. Seperti "Acrobatter" ia juga mampu bercakap dan berkomunikasi.
Kamen Rider Black RX merupakan Rider pertama mempunyai dua bentuk perubahan. Disebabkan "Kingstone" kini terbahagi kepada dua maka Black RX mempunyai kebolehan berubah dalam dua bentuk yang berbeza dari segi penampilan malah kebolehan. Perubahan pertama Black RX dikenali sebagai "Roborider" (Putera Kesedihan). Ianya berlaku apabila Crisis Empire telah menangkap dan membunuh adik angkatnya iaitu Hitomi di depan matanya. Kemudian didedahkan Hitomi yang mati itu adalah palsu. Disebabkan terlalu sedih Black RX telah berubah menjadi Roborider!!! Dalam bentuk ini Roborider mempunyai kekuatan fizikal yang lebih kuat berbanding Black RX. Roborider juga mempunyai pertahanan tubuh yang kuat dan mampu menahan letupan, serangan dan sebagainya daripada musuh. Tetapi kelemahan yang nyata dalam bentuk ini adalah pergerakan Roborider menjadi perlahan. Kebolehan dalam bentuk Roborider adalah mempunyai pistol iaitu "Vortech Shooter" untuk menembak musuh dan kadangkala ia mampu membunuh musuh dengan satu tembakan.
Roborider juga mempunyai serangan penamat iaitu Robo Punch dan Robo Kick namun ianya hanya muncul di dalam filem. Apabila Black RX berubah menjadi Roborider motornya iaitu Acrobatter turut berubah bentuk menjadi "Roboizer". "Roboizer" bukan sahaja berubah bentuk dari segi penampilan malah dilengkapi senjata untuk menembak musuh. Perubahan bentuk kedua Black RX dikenali sebagai "Biorider" (Putera Kemarahan). Perubahan ini berlaku apabila Black RX terperangkap dan cuba melepaskan diri dalam runtuhan. Black RX berubah menjadi Roborider untuk melepaskan diri namun gagal.
Kemudian beberapa titisan air terjatuh di atas badan Black RX dan secara tidak sedar satu tenaga baru mula menular di dalam badan Black RX. Black RX menjerit dengan kuat dan tenaga baru telah memberi reaksi lalu Black RX berubah menjadi Biorider!!! Kebolehan Biorider sangat unik berbanding Roborider antaranya dia mampu mengubah badannya menjadi kecil dan mampu masuk ke dalam badan musuh untuk memusnahkan organ musuh dari dalam badan. Selain itu Biorider mempunyai kebolehan menjadi cecair dan ini membolehkannya melalui apa sahaja termasuklah celahan batu, runtuhan dan sebagainya untuk melepaskan diri. Badan Biorider juga tidak akan mengalami sebarang kecederaan sekiranya pancaran laser menembusi badannya. Biorider mampu menukarkan racun di dalam badannya menjadi penawar. Sama seperti Black RX dan Roborider dia juga mempunyai senjatanya yang tersendiri iaitu "Bio Blade".
Tidak seperti pedang "Revolcane" yang perlu menikam musuh untuk membunuh musuh, Bio Blade hanya perlu memancung musuh. Apabila Black RX menjelma menjadi Roborider motornya iaitu "Accrobatter" turut berubah bentuk menjadi "Mach Jabba". Setelah menghadapi beberapa pertarungan yang sukar Black RX telah berjaya menewaskan ahli tertinggi Crisis Empire. Ahli tertinggi tersebut dimulakan dengan Jak Shougun merupakan ketua kepada empat ahli tertinggi Crisis Empire. Setelah beberapa kali gagal membunuh Black RX Lord Crisis iaitu pemimpin Crisis Empire mengubahnya menjadi Jak Midora yang lebih kuat untuk menentang Black RX. Dalam bentuk ini dia mempunyai sebuah pedang yang besar. Colonel Maribaron ahli sihir di dalam Crisis Empire. Dia berkebolehan menyeru roh musuh yang telah dibunuh Black RX.
Naval Commander Bosgan merupakan pemimpin unit "Demon Manbeast". Captain Gedorian pemimpin unit "Alien Lifeforms". Seorang yang tidak duduk diam dan berkebolehan memanjat dinding seperti serangga. Tasmada muncul apabila Crisis Empire menghadapi kegagalan mengalahkan Black RX. Kebanyakan ahli Crisis Empire tidak suka kepada Tasmada disebabkan cara dia bekerja. Sebenarnya Tasmada adalah badan tumpangan kepada "Lord Crisis". Tiada siapa tahu Lord Crisis telah memerhatikan setiap tindakan ahli Crisis Empire sejak dari awal lagi.
Sepanjang perjuangan Kamen Rider Black RX dia dibantu sepuluh Rider yang lain untuk menghapuskan keseluruhan Crisis Empire. Akhirnya di penghujung siri Black RX telah menentang Tasmada. Apabila Tasmada dimusnahkan oleh Black RX, Lord Crisis telah muncul dalam bentuk sebenar. Ia adalah kepala raksasa penuh duri yang tidak mempunyai badan. Pertarungan terakhir berlaku dan Black RX berjaya menewaskan Lord Crisis. Setelah kemusnahan Crisis Empire dunia sekali aman damai dan ini semua ini jasa Kamen Rider Black RX serta para Rider yang lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan