Sebelum ini kita telah melihat info mengenai filem Shin Kamen Rider kini filem yang kedua Kamen Rider diterbitkan pada tahun 1993 adalah Kamen Rider ZO. Tema dan konsep filem ini mengikut idea asli Kamen Rider.
Kisah ini bermula apabila Aso Masaru merupakan seorang penyelidik genetik dan pembantu kepada Dr. Mochizuki. Pada mulanya Dr. Mochizuki seorang yang normal namun mula hilang sedikit kewarasan disebabkan ingin menghasilkan bentuk hidupan yang baru. Dr. Mochizuki turut menggunakan Aso Masaru sebagai bahan eksperimennya. Dalam eksperimen itu Dr. Mochizuki telah menggabungkan gen Aso Masaru dengan serangga serta menukarkannya menjadi “cyborg”. Setelah mengetahui perubahan badannya Aso Masaru telah melarikan dirinya ke dalam hutan. Di sana dia koma selama bertahun-tahun sehinggalah dia dikejutkan telepati Dr. Mochizuki yang memintanya melinduungi anak lelakinya iaitu Hiroshi. Dr. Mochizuki kini telah mencipta makhluk baru mengikut protaip Aso Masaru.
Tetapi makhluk itu hilang kawalan dan mula memburu Hiroshi. Di sinilah titik permulaan di mana perjuangan Aso Masaru sebagai Kamen Rider ZO. Hiroshi yang tidak lagi tinggal bersama ayahnya kini menetap bersama datuknya. Semua ini berlaku apabila Dr.Mochizuki telah mula mengabaikan anaknya dan sebelum dia menghilangkan diri dia telah memberikan anaknya jam poket yang berirama. Dr. Mochizuki yang kini mula hilang kewarasan telah mencipta “Neo-Lifeform” yang terdiri dari beberapa makhluk hidupan yang baru.
Aso Masaru kemudiannya telah bertemu Hiroshi namun secara tiba-tiba Doras dari “Neo-Lifeform” muncul maka berlakulah satu pertarungan yang sengit. Pertarungan itu tamat apabila Doras tertikam batang besi selepas jatuh dirempuh motosikal ZO. Namun Doras tidak mati dengan begitu mudah. Aso Masaru berusaha meyakinkan Hiroshi bahawa dia berada di pihak yang baik. Pada masa yang sama dua raksasa “Neo-Lifeform” iaitu “Kumo-Onna” dan “Komori-Onna” memburu dan menyerang Hiroshi. Kamen Rider ZO sekali lagi beraksi menentang mereka dan telah menewaskan “Kumo-Onna”. Sementara itu “Komori-Onna” telah berjaya mengumpan Hiroshi dan menangkapnya pergi ke pangkalan “Neo-Lifeform”.
Kamen Rider ZO telah hilang jejak Hiroshi telah mendapat bantuan belalang besar yang muncul secara tiba-tiba memberi gambaran jejak Hiroshi. Kamen Rider ZO terus menyerbu ke pangkalan musuh. Setibanya di sana ZO berlawan dengan “Komori-Onna” dan telah menewaskannya. Kamen Rider ZO dan Hiroshi terkejut melihat Dr. Mochizuki kini menjadi sumber nyawa makhluk bernama “Neo-Organism” yang hidup di dalam perigi yang berwarna hijau. Kamen Rider ZO dan Dr. Mochizuki didedahkan rancangan sebenar “Neo-Lifeform” adalah menghapuskan manusia. Dr. Mochizuki ingin menghalang namun dia telah ditangkap dan menjadi sumber sokongan “Neo-Lifeform”. “Neo-Lifeform” tidak mempunyai jasad yang lengkap disebabkan dia tidak sempurna malah memaksa Dr.Mochizuki menyempurnakannya menjadi hidupan yang lengkap.
Bentuk sebenar “Neo-Lifeform” sebenarnya adalah Doras sekali lagi berlawan dengan ZO. Dalam pertarungan itu Doras telah menyedut ZO ke dalam tubuhnya dan berlaku perubahan mendadak Doras. Doras telah menjelma menjadi Red Doras di mana ia merupakan bentuk yang sempurna malah mempunyai kuasa yang kuat. Red Doras telah menangkap Hiroshi namun Dr.Mochizuki sedaya upaya cuba membantu anaknya. Red Doras telah menarik keluar Dr.Mochizuki yang telah sebati dengan alat sokongan nyawa “Neo-Lifeform”. Tetapi muzik jam poket Hiroshi telah menyedarkan ZO yang berada di dalam tubuh Red Doras dan telah berjaya keluar. Setelah Kamen Rider ZO keluar Red Doras menjelma semula menjadi Doras.
Tanpa berlengah lagi ZO melancarkan “Rider Kick” maka tamatlah pertarungan itu dengan kematian Doras. Dr.Mochizuki mati selepas melihat semua punca kejadian itu adalah kesilapan yang paling besar dalam hidupnya. Kamen Rider ZO dan Hiroshi berjaya melarikan diri apabila pangkalan itu mula meletup. Aso Masaru mengucapkan selamat tinggal kepada Hiroshi dan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi baru.....Tamatlah perjuangan wira kita iaitu Kamen Rider ZO.........